Setelah beberapa dekad, akhirnya misteri kehilangan mangsa-mangsa ini diselesaikan thanks to the internet
2 Kehilangan Misteri Yang Akhirnya Diselesaikan Melalui Internet Selepas Beberapa Dekad. Kehilangan member memang sesuatu kejadian yang sangat sedih. Tetapi ia lebih tragis jika mereka hilang tanpa jejak – nak tahu keadaan mereka sama ada mereka masih hidup atau tidak pun tidak dapat dikenalpasti.
Bagi keluarga mangsa-mangsa ini, mereka berpendapat bahawa ahli keluarga mereka yang telah lama hilang masih hidup atau telah menerima hakikat bahawa orang yang mereka sayangi telah meninggal dunia tetapi tidak dapat kepastian kerana kehilangan mereka tanpa jejak.
Setelah beberapa dekad, keluarga kepada 2 mangsa ini akhirnya dapat merasa lega setelah kes kehilangan orang tersayang mereka diselesaikan melalui internet.
Kes diselesaikan melalui Reddit: Linda Marie Pagano
Linda Marie Pagano tinggal bersama ayah tirinya, Byron Claflin. Ibu bapanya telah bercerai dan adik-beradiknya Cheryl dan Mike Pagano tinggal bersama ibu dan teman lelakinya yang baru.
Menurut ibu dan adik-beradik Linda, Byron sangat kasar kepada mereka sehingga mereka memutuskan untuk pindah dari rumah mereka. Namun, Linda memilih untuk tinggal bersama Byron kerana dia tidak menyukai teman lelaki ibunya yang baru.
Byron dikatakan kasar kepada Cheryl, Mike dan ibu mereka tetapi dia tidak kasar kepada Linda. Malah, Linda dan Byron dikatakan mempunyai hubungan yang baik.
Pada 31 Ogos, Linda dan teman lelakinya memandu ke sebuah stadium untuk menghadiri konsert rock. Dia tidak pulang pada malam itu, tetapi apabila dia kembali pada pagi keesokannya, Byron dan Linda bergaduh. Byron kemudian mengarah Linda untuk keluar dari rumah mereka. Ia akan menjadi kali terakhir Linda dilihat.
Pada hari keesokannya, Byron menghubungi ibu Linda dengan niat untuk mencari Linda. Setelah menghubungi ahli keluarga dan rakan lain tetapi gagal menemuinya, mereka akhirnya memaklumkan kehilangan Linda kepada polis.
Polis menyiasat, penemuan rangka manusia, kes menjadi dingin
Pada 5 Februari 1975, tiga kanak-kanak lelaki menemui rangka manusia di sebuah tebing sungai. Bedah siasat mendedahkan bahawa mayat itu adalah milik seorang wanita kulit putih berusia awal 20-an. Mangsa mati akibat ditembak di kepala. Kes itu lalu digolongkan sebagai pembunuhan dan digelar sebagai Strongsville Murder.
Apabila Mike Pagano, adik kepada Linda, mengetahui tentang penemuan itu, dia segera mengubungi polis dengan harapan mangsa tersebut adalah kakaknya yang telah hilang.
Setelah memberi penjelasan mengenai rupa fizikal dan nama penuh kakaknya serta memberitahu berapa lama Linda sudah hilang, polis yang menjawab panggilan Mike menyatakan mayat tersebut bukan kakaknya kerana mangsa lebih tua dan mungkin lebih tinggi. Pendek kata, Mike diberitahu bahawa rangka itu bukan milik kakaknya.
elepas beberapa tahun dan tiada orang datang menuntut, jenazah kemudian dikubur di Memorial’s Garden di bawah nama ‘Jane Doe’.
Menjelang 2015, kesnya mendapat minat secara tidak sengaja
Pada 2015, seorang penyelidik salasilah Christina Scates sedang menyelidik rekod tempat perkuburan itu untuk mencari maklumat tentang moyangnya apabila dia perasan sebuah kubur dari tahun 1975 di bawah nama ‘Jane Doe’ dalam rekod itu.
Bermotivasi untuk mengetahui identiti wanita itu, Christina kemudian mencari maklumat di perpustakaan tempatan dan menemui sekeping keratan akhbar tentang pembunuhan Strongsville.
Setelah menghubungi sebanyak detektif tempatan yang mungkin, akhirnya seorang detektif menghantar sebuah fail digital kes dingin itu. Dia kemudian memuat naik semua penemuannya dalam Reddit.
Dari sini, kes tersebut kemudian dimuat naik dalam sebuah laman web iaitu WebSleuth di mana salah seorang penggunanya yang bekerja sebagai pelukis forensik iaitu Carl Koppelman, berjaya membuat versi digital wajah wanita itu berdasarkan gambar tempat kejadian.
Wanita tersebut tidak pernah disenaraikan dalam mana-mana pangkalan data awam seperti NamUS atau The Doe Network atas sebab yang tidak diketahui.
Christina menghubungi pejabat pemeriksa perubatan, kes lalu dimuat naik dalam pangkalan data NamUS dan akhirnya diselesaikan
Susulan kes tersebut dimuat naik dalam NamUS pada 2016, pihak polis dan detektif segera membuat pautan yang berpotensi.
Mereka cuba menggunakan rekod pergigian untuk mengenal pasti wanita itu tetapi tidak berjaya. Mereka terpaksa menggali rangka tersebut pada Oktober 2017 untuk membuat siasatan lanjut.
Sampel tulang rangka itu dan DNA dari Mike dan Cheryl Pagano dihantar untuk membuat ujian DNA. Pada 29 Jun 2018, ia didapati bahawa rangka tersebut adalah milik Linda Pagano.
Polis kini sedang mencari pembunuh Linda. Satu-satunya orang yang boleh dinamakan sebagai suspek adalah Byron Claflin (bapa tiri Linda) tetapi dia telah meninggal pada tahun 1990 dan tiada suspek lain dikenal pasti sejak itu.
Kes diselesaikan melalui Google Earth: William Earl Moldt
William adalah broker gadai janji berusia 40 tahun dari Florida. Pada 7 November 1997, dia telah pergi ke sebuat kelab hiburan.
Dia dilaporkan bukan seorang yang peminum minuman keras. Malah, dia jarang minum alkohol dan pada waktu itu, dia hanya berduduk diam di kelab hiburan terbabit.
Dia kemudian pulang seorang menggunakan keretanya iaitu 1994 Saturn SL sekitar jam 11pm.
Menurut saksi, dia tidak kelihatan mabuk pada masa itu. Sebelum dia bertolak dari kelab itu, dia menghubungi teman wanitanya sekitar jam 9:30pm menyatakan bahawa dia akan pulang tak lama lagi. Namun, dia tak pernah sampai ke rumah dan malam seterusnya.
Apabila dia tidak kembali ke rumah setelah beberapa hari, dia dilaporkan hilang tetapi polis tidak berjaya menemuinya dan dilaporkan hilang selama 2 dekad akan datang.
Bekas penduduk perumahan mengguna Goggle Earth untuk melihat perumahan lama, menemui perkara yang aneh
Pada 28 Ogos 2019, seorang bekas penduduk perumahan mengguna Google Earth untuk melihat perumahan lamanya. Semasa itu, dia perasan sebuah kereta dalam kolam penahan dalam perumahan itu.
Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada penduduk perumahan sekarang, Barry Fay, mengenai kereta itu. Dia juga menunjukkan beberapa keping tangkap layar.
Barry lalu menghubungi jirannya yang mempunyai dron dan meletakkan sebuah kamera ke dron tersebut untuk merakam sekitar kolam itu dari atas.
Setelah mengesahkan bahawa memang ada kereta dalam kolam itu, Barry segera menghubungi polis.
Kereta ditarik keluar, penemuan rangka manusia
Kereta itu ditarik keluar dari kolam dan rangka manusia dijumpai di dalam kereta. Kerangka itu kemudian dihantar untuk disiasat dan seminggu kemudian, kerangka itu dikenal pasti sebagai William.
Menurut laporan, kereta tersebut dapat dilihat dalam Google Earth sejak 2007 tetapi tiada orang menyedarinya sehingga 2019.
Polis mempercayai bahawa William hilang kawalan keretanya semasa perjalanan balik ke rumah dan terpandu ke dalam kolam itu. Semasa kehilangannya, perumahan sekitar kolam itu masih dalam pembinaan dan kereta itu tidak disedari sepanjang pembinaan.
Keluarga William akhirnya berasa lega setelah bimbang dengan keadaan William selama 22 tahun.
Misteri kehilangan diselesaikan dengan cara yang ‘berbeza’
Siapa sangka pada satu masa anda syok melayari Internet tiba-tiba terjumpa sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kes kehilangan orang!
Walaupun ia sudah bertahun semenjak orang tersayang menghilangkan diri tanpa jejak, mujur keluarga mangsa-mangsa terbabit akhirnya dapat hidup dengan tenang setelah mengetahui nasib sebenar.
1 Comments
Casino Tycoon - MapyRO
ReplyDeleteCasino Tycoon. Casino Tycoon is 아산 출장마사지 a 3-reel, 16-payline slot 익산 출장마사지 game with bonus spins, 여주 출장샵 bonus games, 아산 출장샵 autoplay, video slots, 통영 출장안마 multiplier, wild symbol,