Ticker

6/recent/ticker-posts

Main Forex Atau Saham

BEZA SAHAM DAN FOREX


.
"Dato'.. Seminar Menang Saham ni ajar Forex ke?"
.
Inilah antara soalan yg selalu kami terima dalam inbox. Dan rata-rata yg bertanya adalah mereka yang pernah menceburi forex trading.
.
Apa yg membimbangkan adalah... bagaimana sebahagian mereka terdedah kepada forex trading sedangkan mereka tak ada ilmu technical analysis? Dengan siapa mereka belajar?
.
Kalau technical analysis pun tak tahu, tak hairan duit pun boleh lebur macam tu je. Tak kira la saham ke, forex ke, komoditi ke.
.
Post ini ditulis khas untuk mereka yang masih keliru adakah saham dan forex tu sama...
.
Jika dipandang dari pelbagai sudut, ada sebahagian sisi pelaburan saham dan forex trading kelihatan sama. Terutamanya melibatkan carta.
.
Ya, kedua-duanya memerlukan anda bijak menganalisa carta. Anda boleh tengok pergerakan harga dalam bentuk candlestick, line, heikin ashi dan lain-lain.
.
Namun tak bermaksud saham dan forex itu sama. Jom tengok lebih lanjut perbezaannya...
.
1. DEFINISI
.
Saham adalah sijil perniagaan bukti anda memiliki sebahagian pemilikan syarikat. Jika anda beli saham syarikat, bermakna anda sudah menjadi sebahagian pemilik syarikat walaupun anda hanya beli dengan jumlah yang sedikit.
.
Forex pula adalah singkatan bagi foreign exchange. Iaitu pertukaran matawang asing. Bermakna anda membeli matawang asing, kemudian menjualnya semula bila kadar pertukaran menjadi tinggi.
.
2. WAKTU OPERASI
.
Anda boleh berdagang saham pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh stock exchange masing-masing. Jika anda nak berjual beli saham di Bursa Malaysia, anda boleh lakukannya daripada jam 9.00 pagi sehingga 5 petang.
.
Berbeza dengan forex, pasaran forex beroperasi 24 jam, 5 hari seminggu. Siang malam anda boleh trade forex.
.
3. KEUNTUNGAN
.
Pelabur saham meraih keuntungan daripada saham melalui:
a) Capital gain (kenaikan harga saham)
b) Dividend
c) Bonus issue (pemberian saham bonus)
.
Pedagang forex meraih keuntungan melalui kadar perubahan exchange rate.
.
4. KECAIRAN
.
Kecairan menerangkan kadar di mana sesuatu aset atau sekuriti boleh dibeli atau dijual dengan pantas. Semakin tinggi kecairan, semakin mudah untuk beli dan jual sesuatu aset.
.
Kadar kecairan saham adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan forex, kecuali saham-saham gergasi (bluechips) yang mana mempunyai kadar kecairan yang baik.
.
5. FOKUS
.
Pemilihan saham sangat berfokus berkaitan performance syarikat seperti kadar hutang syarikat, cash flow, earnings, dan sentimen semasa terhadap sektor dan industri berkaitan.
.
Forex pula memfokuskan makroekonomi menggunakan petunjuk seperti kadar pengangguran, inflasi & GDP (Gross Domestic Product).
.
Sekarang anda dah nampak kan beza saham dan forex?

Post a Comment

0 Comments