Ticker

6/recent/ticker-posts

DURIAN BAGUS KE UNTUK DIABETES?

DURIAN BAGUS KE UNTUK DIABETES?
Selalu tengok blog kesihatan share manfaat durian kan? Saya nak share berapa rahsia durian mengikut perubatan nutrisi.
Durian rendah penyerapan gula?
Benar, durian rendah Glycaemic Index( GI: 49) saja. Lebih rendah berbanding betik, nanas dan tembikai mengikut kajian (Robert et al 2008).
Secara teorinya, ini mungkin kerana durian tinggi serat dan gula buah fruktosa tak spike gula sangat.
Namun secara realitinya, cuba tanya doktor kat hospital. Ramai sebenarnya pesakit diabetes masuk wad gula jadi tak terkawal lepas mengamalkan "kendurian".
Walaupun rendah GI, namun durian dikategorikan medium Glycaemic Load (GL:10). Jadi hati-hati dengan kuantiti yang kita makan ya. Kalau nak kepastian, periksa saja gula darah selepas makan. Bukti klinikal selalunya lebih baik berbanding teori semata.
Sangat bagus ambil durian lepas kerja berat atau workout. Durian tinggi kalori dan karbohidrat untuk kesan anabolik (bina dan pulih otot). Potassium yang akan kembalikan tenaga dan pulihkan kelesuan.
Durian juga tinggi magnesium yang akan bantu relaks dan pemulihan badan.
Kuantiti paling penting sebenarnya. Kalau tengok khasiat, memang bagus amalkan durian. Tapi jika ada isu diabetes, obesiti..molek kembalikan fitrah stabilkan dahulu kesihatan.
.
Semoga makanan jadi ubat, bukan musibat. Wallahua'lam.
.
.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan

Post a Comment

0 Comments