Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Buat Duit Online


Selain daripada pendapatan yang kita perolehi daripada kerja hakiki kita, apa kata kita belajar cara buat duit online dengan menggunakan aplikasi smartphone sahaja. Sedikit sebanyak pastinya dapat menambah pendapatan kita jika kita memerlukannya dimasa-masa kecemasan.

Jadi disini terdapat 5 aplikasi yang korang boleh cuba untuk buat duit online secara santai sahaja. Sebenarnya di internet banyak sahaja peluang untuk korang terokai bagi menjana pendapatan seperti melalui blog, youtube, investment dan pelbagai lagi. Tetapi kalau ada pekerjaan yang lebih mudah, kenapa kita tidak cuba kan.

Cara yang ditunjukkan ini adalah cara buat duit tanpa modal. Kalau ada pun mungkin modal bil caj telefon dan bil internet. Itu dah memang keperluan harian pun. Daripada bil tersebut dibuang tanda faedah, apa kata kita ubah kepada duit tambahan.


Cara buat duit online boleh dilakukan bila-bila masa, dimana-mana sahaja. Anda juga boleh buat duit dari rumah sahaja. Mungkin sudah penat bekerja seharian di pejabat, balik rumah kita sambung cari pendapatan melalui aplikasi-aplikasi ini.

Kebanyakkan aplikasi ini, aku sendiri telah cuba dan ianya betul tanpa modal dan anda boleh peroleh sesuatu daripadanya. Aku juga berjaya cashout dan hasilkan duit online daripada aplikasi-aplikasi ini. Semua dilakukan secara santai sahaja. Tidak kekang dengan masa dan waktu. Kalau ada masa lapang, boleh gunakan aplikasi ini dan jika sibuk pun takpa. KUNCI yang paling penting adalah RAJIN

5 Aplikasi Cara Buat Duit Online Secara Santai


Aplikasi yang disenaraikan ini telahpun aku gunakan dan ada yang aku perolehi duit dan ada juga perolehi hadiah dalam bentuk baucer atau point. Yang pastinya sambil baring di rumah pun boleh buat.

#1. Jawab Survey YouGOV


Jawab Survey YouGOV

Sebenarnya diluar sana terdapat banyak survey yang anda boleh lakukan dan mereka akan bayar anda dengan point yang boleh ditukarkan kepada baucer, topup atau duit termasuklah Survey YouGOV ini. Ianya aplikasi daripada Singapore, jadi jika duit yang dibagi adalah dalam nila SGD. Sedapla kan. Aku juga pernah peroleh SGD menerusi survey YouGOV ini.

Ianya boleh dilakukan sama ada menggunakan laman web my.yougov.com ataupun menerusi aplikasi sahaja. Caranya, anda akan diberi point mengikut panjang survey yang diberi. Cukup nilai minumum tebusan, anda boleh pilih hadiah yang disediakan termasuk wang tunai dalam nilai SGD.

Untuk nak tahu lebih lanjut, korang boleh pergi baca pada perkongsian aku berkaitan Survey YouGOV disini. Ianya diterangkan secara terperinci.

#2. Aplikasi Cashzine


Aplikasi seterusnya bagi cara buat duit online adalah aplikasi Cashzine. Aku rasa antara yang paling mudah adalah Cashzine inilah. Cara untuk korang dapat wang daripadanya adalah dengan membaca artikel sahaja. Untuk dapat lebih lagi, korang boleh share artikel tersebut supaya orang ramai bacanya juga.

Aplikasi Cashzine

Korang baca, korang dapat point, korang share, orang baca, korang dapat point. Dah cukup point korang boleh tebus dengan wang ringgit yang terus masuk ke akaun bank kita. Lagi rajin korang baca dan kongsi lagi banyaklah dapatkan. Tak ke boleh buat secara santai sahaja.

Nak tahu lebih terperinci, korang boleh baca cara buat duit dengan aplikasi Cashzine. Aku juga berjaya cashout daripada aplikasi ini. Bolehlah buat makan KFC kan.

#3. Aplikasi 8Coins


Aplikasi 8Coins
sumber : dikbee.com

Aplikasi ini lebih kurang sama sahaja dengan cashzine. Korang hanya perlu share artikel dan bila ada yang klik dan baca, korang akan diberi coins yang boleh ditebus kepada wang ringgit. Ini juga boleh dilakukan secara santai dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Sangat mudah. Yang penting korang kene rajin untuk share artikel di facebook atau twitter atau mana-mana sahaja.

Korang boleh daftar di pautan ini www.8coin.my. Kemudian daftar seperti biasa dan boleh terus share artikel atau beberapa kempen yang disediakan.

#4. SushiVid


SushiVid

Sebelum ini aku ada kongsikan aku berjaya cashout duit daripada sushiVid ini. Konsep yang sama iaitu, korang share kempen yang diberi sama ada di facebook, twitter atau instagram. Tapi korang tak perlu orang klik pun. Sekali korang dah share, mereka akan bayar anda. Nampak lebih mudah kan.

Sebenarnya bukan itu sahaja, pada sushivid ini juga ada disediakan platform untuk blogger dimana korang akan dibayar setiap artikel yang ditulis dan di kongsikan di blog. Tetapi korang kene buat proposal la. Jika berjaya, barulah boleh terima 'job' tersebut. Minima USD50 beb!

#5. Aplikasi JAG


Aplikasi JAG

Yang terakhir adalah aplikasi JAG. Korang boleh buka sama ada di laman web atau melalui aplikasi sahaja. Ini lagi santai, secara asasnya korang kene buat task yang diminta oleh pihak JAG seperti kongsikan artikel, cuba aplikasi, tangkap gambar dan sebagainya. Kadang ada 1 task berharga RM20. Kan best macam tu.

Ternyata cara buat duit online ini mudah jika kita pandai cari yang bersesuainya dengan kita. JAG ini rasanya untuk kaki facebook, instagram dan whatsapp sangat sesuai. Silap-silap dapat ratus-ratus sebulan. Aku pernah tebus duit dan tiket wayang sebelum ini. Dapatlah tengok percuma kan.

Aplikasi Buat Duit Secara Santai


Itulah antara 5 aplikasi yang aku guna untuk buat duit online secara santai-santai sahaja. Tidak perlukan masa yang lama, kudrat yang banyak pun. Yang penting kene rajin je. Kalau rajin dapatlah makan McD dan KFC percuma kan.

Post a Comment

0 Comments