Ticker

6/recent/ticker-posts

35 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu (update 2020)

Apa yang anda bayangkan kalau sebut sahaja Kota Kinabalu? Mesti perkara pertama yang tergambar di fikiran adalah Gunung Kinabalu bukan? Jangan hentikan imaginasi anda di situ sahaja, kerana sebenarnya sangat banyak tarikan lain yang sangat best untuk dilawati di bandar ini.

Sabah Public Holidays 2020 - PublicHolidays.com.my

Dari tarikan Kampung Budaya Mari-Mari yang menjadi pusat pelbagai entik di Sabah hinggalah kepada tarikan yang dapat memacu adrenalin anda di Zip Borneo, Kota Kinabalu adalah sebuah destinasi eksotik yang wajib dilawati walau sekali dalam seumur hidup!
Percayalah, semangat anda untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi pilihan untuk percutian akan datang akan semakin berkobar-kobar sebaik membaca senarai tempat menarik di Kota Kinabalu ini. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.

35. Pasar Besar Kota Kinabalu

Pasar Besar Kota Kinabalu Image
Sumber: Un By
Pasar Besar Kota Kinabalu adalah sebuah lokasi berbelanja yang terbahagi kepada dua buah kompleks iaitu bahagian pasar basah dan bahagian untuk jualan barangan kering.
Untuk bahagian pasar basahnya, anda dapat menemui segala macam hasil laut yang segar. Antaranya adalah seperti udang galah, ketam, siput, ikan dan banyak lagi. Peniaga-peniaga di sini turut menawarkan khidmat pembungkusan dan sejuk beku untuk membolehkan anda membawa bahan basah yang dibeli ini menaiki kapal terbang.
Di kompleks yang seterusnya pula adalah sebuah bangunan 2 tingkat yang mana tingkat atasnya menempatkan kedai makan dan bahagian bawah pula kedai-kedai jualan barangan kering. Dah sampai di sini nanti, jangan lupa untuk beli kopi yang terkenal di Sabah yang tak lain tak bukan adalah Kopi Tenom. Bolehlah pakat minum kopi lepas penat bershopping nanti.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

34. Tuaran Crocodile Farm

Tuaran Crocodile Farm Image
Sumber: Top Instagram Artist’s
Tuaran Crocodile Farm menempatkan lebih dari 1,000 ekor buaya di dalam sebuah ladang yang berkeluasan 7 ekar. Lawatan ke tarikan ini dapat membuka mata anda tentang pelbagai perkara baru berkaitan penangkapan buaya dan pembiakan mereka.
Selain dapat mengetahui banyak info menarik, anda juga boleh menyaksikan pertunjukan buaya yang cukup mendebarkan. Pertunjukan ini biasanya mengambil masa hanya dalam sekitar 15 minit, namun debaran semasa menyaksikannya terasa seperti berjam-jam lamanya.
Untuk menghilangkan rasa seram sejuk menonton aksi buaya tadi, anda boleh melawat Butterfly Garden yang menempatkan pelbagai spesies rama-rama yang penuh warna-warni.
Selain buaya dan rama-rama,  di sini juga terdapat banyak lagi haiwan lain seperti kura-kura, burung unta, ikan, rusa dan sebagainya.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Tuaran Crocodile Farm, Unnamed Rd, 89200 Tuaran, Sabah

33. Kokol Hill Elf

Kokol Hill Elf Kota Kinabalu
Sumber: Fellyz Yziela
Masih tak berpeluang untuk ke Bali tapi ingin bergambar seolah-olah berada di tarikan terkenal di kepulauan Indonesia ini (Bali Swing)? Jangan risau, keinginan anda sedikit-sebanyak terubat sebab di Kota Kinabalu ini rupa-rupanya terdapat sebuah tarikan yang lebih-kurang sama dengan Bali Swing iaitu di Kokol Hill Elf. Tak perlulah anda keluar bajet yang besar untuk ke Bali.
Kokol Hill Elf adalah antara lokasi di Kota Kinabalu yang paling ‘instagrammable’ di mana anda boleh bergambar dengan berlatar belakangkan pemandangan bandar Kota Kinabalu dan juga panorama matahari terbenam atau tenggelam yang sungguh mempesonakan.
Sambil menghirup udara segar dari bukit, anda boleh mencuba pelbagai tarikan yang disediakan seperti Mega Swing (buaian besar di puncak bukit), The City Circle (tempat duduk rotan dengan reka bentuk berciri estetik), The Sunset Catcher Area, Big Bird Nest dan sebagainya.
Selain ini semua, Kokol Hill Elf turut menyediakan pelbagai fasiliti lain seperti restoran dan tempat penginapan yang terdiri daripada resort, homestay dan villa.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kokol Hill Elf, Kota Kinabalu, Sabah

32. Pasar Filipina Sabah

Pasar Filipina Sabah Image
Sumber: Bhye
Ada Pasar Filipina di dalam Malaysia? Bagi yang tak tahu, ada sebabnya kenapa pasar ini boleh terbentuk di negeri Sabah. Ini semua bermula apabila kawasan yang menjadi tapak pasar ini dijadikan sebagai pusat transit untuk pelarian yang datang dari Filipina. Bermula dari situ, orang Filipina memulakan perniagaan sehinggalah kini.
Semasa melawat pasar ini, anda akan menemui 3 seksyen jualan yang berbeza iaitu pasar jualan barangan kraftangan, pasar bahan basah atau seafood dan akhir sekali pasar makanan kering.
Untuk pasar kraftangannya, anda boleh menemui banyak produk yang boleh dijadikan cenderahati dari yang murah hinggalah mahal untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan atau keluarga. Di pasar basahnya pula terdapat jualan pelbagai hasil laut yang segar-segar sama ada yang mentah atau yang dah dibakar. Manakala di bahagian pasar makanan kering pula, anda boleh menemui kerepek, ikan masin, kuih cincin dan sebagainya.
Sepanjang bershopping di sini, jangan segan untuk bertawar-menawar untuk mendapatkan harga yang terbaik.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

31. Taman Tunku Abdul Rahman

Taman Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu
Sumber: Sabah Info
Taman Tunku Abdul Rahman ataupun Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan yang terdiri daripada 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya, Manukan, Sapi, Sulug dan Mamutik. Untuk menuju ke pulau-pulau ini hanya mengambil masa beberapa minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot.
Dalam banyak-banyak pulau yang terdapat di Taman Laut ini, Pulau Gaya dan Manukan adalah pulau yang terbesar, manakala pulau yang paling membangun pula adalah Pulau Manukan dan Sapi. Tak kisahlah yang mana satu pun yang anda rancang untuk singgahi bersama keluarga, kesemuanya menawarkan keindahan yang mempesonakan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan-kawasan tarikan Taman Tunku Abdul Rahman adalah snorkeling, berkayak, berbbq, menyelam skuba, merentas hutan dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain.
Secara keseluruhannya, Taman Tunku Abdul Rahman menawarkan lebih daripada 25 lokasi menarik untuk aktiviti menyelam skuba.
📍 Alamat
Alamat: Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah

30. Borneo Ant House

Borneo Ant House Kota Kinabalu
Jangan salah faham, Borneo Ant House bukanlah bermaksud pamerannya hanyalah semata-mata tentang si semut, sebab kat dalam ni turut terdapat beberapa galeri yang lain yang secara tidak langsung dapat membuka mata anda tentang kepelbagaian komuniti di Sabah iaitu pameran budaya masyarakat Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh.
Di samping itu, anda juga dapat melihat koleksi pedang yang digunakan untuk pelbagai perkara sama ada majlis keraian, pertabalan, sebagai barangan berharga dan lain-lain.
Namun begitu, seperti nama yang diberikan iaitu Borneo Ant House, tarikan utamanya tak lain tak bukan adalah semut sendiri yang mana anda dapat melihat patung-patung berbentuk semut dan penerangan berkaitan serangga yang dikatakan memiliki kehidupan yang sangat bersistem dan rajin ni.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kampung Kindu, Peti Surat 18, 89207 Tuaran, Sabah

29. Tagal Tinopikon

Tagal Tinopikon Kota Kinabalu Park Image
Tagal Tinopikon merupakan tarikan yang terletak di dalam Kampung Notoruss Penampang. Lokasinya hanyalah sekitar 40 minit dari bandaraya Kota Kinabalu. Untuk pengetahuan anda, Tagal Tinopikon merupakan sebahagian daripada sungai Moyog.
Kawasan ini diwujudkan untuk memelihara hidupan air yang makin terancam disebabkan aktiviti perikanan.
Disebabkan susah nak jumpa kawasan yang dipenuhi dengan ikan yang berenang bebas, masyarakat di sini telah menjadikan kawasan di sekitar Tagal Tinopikon sebagai kawasan larangan untuk menangkap ikan. “Tagal” sebenarnya bermaksud “larangan” dalam bahasa Kadazan.
📍 Alamat
Alamat: 500, 89500 Penampang, Sabah

28. Kipandi Butterfly Park

Kipandi Butterfly Park Kota Kinabalu
Sumber: Jackz Lee
Siapa tak teruja melihat rama-rama yang penuh dengan warna-warni, tapi malangnya, susah betul nak bertembung dengan mereka ni kan?
Untuk memberikan anda sekeluarga kepuasan teruja yang tak habis-habis, anda boleh melawat Kipandi Butterfly Park. Di sini, walau di mana sahaja anda berjalan, anda akan sentiasa disapa dengan kehadiran komuniti serangga yang cun tak terkata ni.
Wajib untuk anda ke sini sekiranya berpeluang kerana bukan sedikit tetapi lebih daripada 1,500 ekor rama-rama yang terdiri daripada lebih 100 spesies.
Bukan sahaja rama-rama, anda juga dapat melihat sekitar 500 spesies orkid, hampir 30 spesies tumbuhan herba, pokok periuk kera dan lain-lain lagi!
Sebagai informasi tambahan, waktu yang terbaik untuk melawati taman ini bagi melihat kehadiran banyak rama-rama adalah dari pukul 9 pagi ke 11 pagi.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Kampung Kipandi, Moyog, Kota Kinabalu, Sabah

27. Atkinson Clock Tower

Atkinson Clock Tower Kota Kinabalu
Sumber: Pondering Paodaolei
Atkinson Clock Tower (Menara Jam Atkinson) adalah sebuah menara yang telah dibina untuk memperingati seorang pentadbir British yang meninggal dunia di usia muda iaitu ketika berumur 28 tahun pada tahun 1902, Francis George Atkinson kerana penyakit Malaria.
Menara ini telah dibina dengan menggunakan wang hasil sumbangan keluarga Atkinson sendiri serta para pelayar pada tahun 1905. Menara yang berketinggian 15.7 meter ini  merupakan salah satu daripada 3 buah bangunan yang terselamat daripada pengeboman yang terjadi ketika Perang Dunia Ke-2.
📍 Alamat
Alamat: Berhampiran Dengan Padang Merdeka KK

26. Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu
Sumber: Macam Macam Sabahan
Pantai Tanjung Aru adalah lokasi di mana anda sekeluarga boleh melarikan diri dari kesibukan di kawasan bandar. Sekiranya anda menginap di sekitar bandar, anda boleh juga datang ke sini tanpa perlu bersusah-payah kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh.
Jangan lupa juga untuk membawa kamera dan menanti saat-saat mengujakan matahari terbenam untuk diabadikan di dalam foto. Sebagai peringatan, waktu matahari melabuhkan tirai di Kepulauan Borneo ini adalah jauh lebih awal dari tanah Semenanjung, dalam sekitar 5.30 pm.
📍 Alamat
Alamat: Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

25. Kota Kinabalu Upside Down House

Kota Kinabalu Upside Down House Image
Sumber: Top Peak Travel Borneo
Dah bosan melihat benda-benda cliche, anda boleh melawat Kota Kinabalu Upside Down House. Mata anda akan dikejutkan dengan pemandangan yang pelik seperti hidup di angkasa lepas dek kerana kedudukan semua benda di dalam galeri ini yang terbalik daripada yang sepatutnya.
Sampaikan anda tertanya, diri sendiri yang terbalik atau barangan di sekeliling? Jangan lupa untuk membawa kamera dengan bateri yang penuh!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Batu 21, Jalan Telibong – Tamparuli, Tuaran Sabah

24. Menara Tun Mustapha

Menara Tun Mustapa Kota Kinabalu Image
Sumber: Aemirage Production
Jangan ingat di KL sahaja ada reka bentuk bangunan yang mengujakan, sebab di Kota Kinabalu pun ada bangunan luar biasanya! Bangunan yang dinamakan Menara Tun Mustapa ini dibina dengan reka bentuk yang tak pernah dibuat orang, iaitu seperti bentuk sebuah roket yang bakal dilancarkan.
Berketinggian 30 tingkat, dengan 2,160 panel kaca reflektif khas sebagai material di sekelilingnya, sesiapa sahaja yang terpandang akan menara ini akan berasa terpegun.
Kalau di KL anda wajib bergambar dengan bangunan KLCC, di Kota Kinabalu, inilah bangunan ikonik yang wajib dijadikan latar belakang salah satu foto percutian anda.
📍 Alamat
Alamat: Tun Mustapha Tower, 88400 Kota Kinabalu

23. Muzium Sabah

Muzium Sabah Kota Kinabalu Image
Sumber: Macam Macam Sabahan
Muzium Sabah adalah salah satu daripada tarikan yang paling best di negeri ini. Kenapa? Kerana di dalam satu kawasan kompleks ni terdapat beberapa bangunan berbeza iaitu Bangunan Utama, Pusat Sains dan Teknologi, Kampung Warisan, Taman Etno-Botani dan Muzium Budaya Islamik Sabah.
Bangunan Utama di kompleks muzium ini memiliki reka bentuk rumah panjang Rungus. Di dalamnya terdapat pameran berkaitan Etnografi, Natural History, Seramik, pameran Sejarah dan juga ruangan Arkeologi.
Lokasinya, terletak berhadapan dengan Secretariat Building dan dalam sekitar 4 km dari Bandar Kota Kinabalu.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

22. Jesselton Point Waterfront

Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu Image
Sumber: d_dnoe
Jesselton Point Waterfront adalah kawasan terminal feri yang utama di bandar Kota Kinabalu. Pada asalnya, terminal ini dinamakan sebagai Terminal Feri Kota Kinabalu.
Di sinilah semua para pelawat yang ingin menjejakkan kaki ke pulau-pulau yang terletak di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman ataupun Labuan akan menunggu kehadiran bot-bot laju.
Terminal ini terletak di bahagian utara Kota Kinabalu dan hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari banyak penginapan yang terletak berdekatan.
Bukan sekadar untuk naik bot, sekitar terminal ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan, kafe dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata.
📍 Alamat
Alamat: Jesselton Point Water Front

21. Taman Hidupan Liar Lok Kawi

lok kawi wildlife park Kota Kinabalu
Sumber: Menarik Di Kota Kinabalu dan Putatan
Ramai orang teringin untuk mendekati haiwan-haiwan Borneo atau fauna yang ditawarkan kepulauan ini, tapi, tak ramai yang berani atau rajin untuk meneroka kawasan hutan bagi mencari sendiri hidupan-hidupan ini.
Sebagai alternatif bagi semua, anda boleh melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Taman Hidupan ini merupakan sebuah zoo kecil yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti gajah, monyet yang termasuklah monyet proboscis, harimau dan banyak lagi!
Namun begitu, jangan lupa untuk memakai semburan penghalau nyamuk atau badan anda akan mula kemerahan dihinggapnya!
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 63, Jalan Penampang, 88200 Penampang, Sabah

20. Mari-Mari Cultural Village

Mari-Mari Cultural Village Kota Kinabalu
Sumber: Mari Mari Cultural Village
Apa gunanya melancong ke negeri lain kalau tak cuba mengenali pelbagai etnik dan budaya di tempat tu? Untuk tujuan ni, anda boleh membuka langkah kaki ke Mari-Mari Cultural Village.
Di sinilah bermacam etnik tradisional Sabah dapat anda kenali dengan lebih dekat di dalam rumah-rumah tradisional mereka.
Anda sekeluarga dapat melihat budaya masyarakat yang banyak mengerjakan sawah padi Kadazan-Dusun, penduduk rumah panjang etnik Rungus, masyarakat pemburu dan nelayan Lundayeh, ‘koboi’ serta orang laut etnik Bajau, dan pemburu kepala manusia pada suatu ketika dulu, etnik Murut.
Antara aktiviti yang dapat anda lakukan di sini adalah belajar untuk menghidupkan api tanpa lighter, melihat demonstrasi pembuatan tali, lantai, jus pandan dan banyak lagi!
📍 Alamat
Alamat: Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

19. Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill Observatory Platform Kota Kinabalu
Sumber: Malaysia Skylines
Signal Hill Observatory Platform adalah sebuah ruang pemerhatian yang berbentuk seperti piring UFO yang terletak di puncak tertinggi bandar ini. Sekiranya anda sekeluarga ke sini, pemandangan yang meluas sekitar bandar daripada perspektif burung yang terbang tinggi dapat dilihat dengan sepuas hati.
Untuk menuju ke sini, anda boleh mendaki hingga ke puncak bukit ataupun menaiki teksi. Waktu terbaik untuk menikmati pemandangan dari sini adalah pada ketika matahari terbenam, keindahannya sukar diungkapkan dengan kata-kata.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu

18. Double Six Monumen

Double Six Monumen Kota Kinabalu
Sumber: Kundasangtrip Bajet Transport Sabah
Double Six Monumen merupakan kawasan memorial yang dibina bagi mengingati tragedi buruk yang berlaku pada 6 Jun 1976. Tragedi yang mengejutkan negara ini telah mengambil nyawa pemimpin-pemimpin besar Sabah, Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens beserta enam menteri lain.
Dalam tragedi ini, pesawat yang dinaiki mereka terhempas ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
📍 Alamat
Alamat: Grace Garden, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

17. Zip Borneo

Borneo Zip Line Kota Kinabalu Image
Sumber: Zip Borneo
Dah berjalan ke sana ke mari di sekitar Kota Kinabalu, tapi tak tahu kenapa masih rasa tak puas hati, kemungkinan ubatnya adalah dengan melakukan aktiviti yang ditawarkan di Zip Borneo!
Di sini anda dapat menikmati keindahan yang ditawarkan di Kota Kinabalu sambil melakukan aktiviti lasak yang akan memacu adrenalin anda!
Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah flying fox merentasi Sungai Kiulu, abseiling, wall climbing, berkayak, berkhemah dan lain-lain lagi. Anda boleh memilih aktiviti apa yang ingin dilakukan melalui pakej-pakej yang ditawarkan.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: The Adventure Centre, Kiulu

16. Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve

Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve
Sumber: Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa
Tak puas dengan hanya melihat fauna yang terdapat di zoo, anda boleh ke Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve untuk menikmati keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang sebenar ditawarkan negeri Sabah.
Hutan simpan yang diuruskan oleh Shangri-La Rasa Ria Resort dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah ini berkeluasan 64 ekar dengan puncak tertinggi yang berketinggian 95 meter dari paras laut.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain meredah hutan adalah memerhati burung, melihat orang utan dan menderma untuk membantu penjagaan orang utan di sini. Anda sekeluarga boleh melihat orang utan diberi makan 2 kali sehari setiap hari pada pukul 10.00 pagi dan 2 petang.
Anda juga boleh menjadikan mana-mana orang utan yang terdapat di sini sebagai ‘keluarga angkat’ dalam ‘Foster an Orang Utan Programme’ yang mana anda boleh menderma untuk menampung kebajikan mana-mana orang utan buat masa setahun.
📍 Alamat
Alamat: Pantai Dalit Beach, Tuaran, Sabah, 89208

15. Kokol Haven Resort

Kokol Haven Resort Kota Kinabalu
Sumber: Phantom Pilots
Kokol Haven Resort adalah sebuah penginapan indah yang terletak di puncak bukit Kokol di banjaran Crocker pada ketinggian 2,700 kaki dari paras laut. Kesegaran udara dan keindahan pemandangan yang ditawarkan di sekitar resort ini membuatkan ianya mendapat gelaran sebagai Kundasang yang ke-2.
Di samping itu, lokasinya yang terletak 25 km dari bandar Kota Kinabalu (dalam 40 ke 1 jam pemanduan) menjadikan ia lokasi yang hebat untuk anda sekeluarga mendapatkan ketenangan dari kesibukan kota. Di sinilah anda dapat menikmati ketenangan yang sebenar! Baru betul-betul cuti!
Antara tarikan menarik yang terdapat di resort ini adalah gym mini outdoor, taman herba, gelanggang serbaguna, kawasan untuk berjungle trekking dan pokok buah-buahan.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: 10 km Jalan Kokol Kota Kinabalu Sabah

14. Kota Kinabalu Wetland Centre

Kota Kinabalu Wetland Centre Image
Sumber: sufiaechii
Kota Kinabalu Wetland Centre ataupun Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu adalah sebuah tarikan hutan paya bakau yang berkeluasan 24 hektar (59 ekar).
Setibanya anda di sini, anda boleh menggunakan laluan yang disediakan di atas papan kayu yang berkepanjangan 1.5 km. Masa yang diambil untuk habis berjalan menikmati udara segar, memerhatikan burung, tumbuhan dan haiwan liar lain di sekitar hanyalah dalam 45 minit.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

13. Marine Muzium Kota Kinabalu

Borneo Marine Research Institute Marine Museum Kota Kinabalu Image
Sumber: Fik Afik
Marine Muzium Kota Kinabalu adalah antara pusat akuarium yang terhebat di Kepulauan Borneo. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Marine Museum & Research Showcase, Marine Aquarium, Mangrove Walks, teater mini dan Ocean Outreach Corner.
Anda sekeluarga pasti teruja melihat kehidupan di dalam air yang dipamerkan dengan cara yang sangat menarik di dalam muzium ini.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Universiti Malaysia Sabah, Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

12. Perdana Park

Perdana Park Kota Kinabalu
Sumber: Sharif Putra
Tercari lokasi best untuk chill di waktu malam semasa di Kota Kinabalu? Anda sekeluarga boleh melawat Perdana Park. Sekiranya anda ke taman ini bermula dari pukul 7 malam, anda bakal dikejutkan dengan pemandangan yang cukup mencuri hati iaitu pancuran air yang penuh warna-warni sambil diiringi dengan irama lagu.
Persembahan percuma ini berlangsung selama 15 minit sebelum diulangi semula setiap 30 minit kemudian sehingga pukul 9 malam.
Selain menikmati keindahan pancuran air, anda juga boleh menjadikan Perdana Park sebagai tempat untuk berjogging. Bila perut berbunyi, anda boleh bergerak menuju ke Pantai Tanjung Aru yang tidak jauh dari sini untuk menjamu selera.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Aru, Kota Kinabalu, Sabah

11. Kota Kinabalu City Mosque / Masjid Terapung Likas

Masjid Terapung Likas Kota Kinabalu
Sumber: phantompilots.com
Kota Kinabalu City Mosque ataupun Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua yang terpenting di bandar Kota Kinabalu.
Masjid yang terletak di pesisir pantai Likas ini memiliki keluasan sebanyak 14.83 hektar dengan kemampuan untuk menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa. Jika dilihat dengan teliti, masjid ini memiliki reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah.
Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini! Sebelum ke tempat lain anda boleh melihat lukisan-lukisan yang dijual di ruang luar masjid ni, mungkin ada yang menarik hati?
📍 Alamat
Alamat: Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

10. Kota Kinabalu Waterfront

Kota Kinabalu Water Front
Sumber: Paul Dela Cruz Cagayan
Ingin menikmati pemandangan matahari tenggelam yang memukau pandangan? Datanglah ke Kota Kinabalu Waterfront. Anda boleh berjalan di sepanjang laluan papan berkepanjangan 1.4 km untuk melihat pemandangan ini dengan sepuas hati.
Di sekitar kawasan ini juga terdapat banyak tempat untuk makan makanan laut yang best untuk dicuba. Mana tidaknya, segalanya dihidangkan dengan segar! Nak makan ikan? Ketam? Udang? Dan macam-macam lagi makanan laut segar yang lain, segalanya ditawarkan di sini.
📍 Alamat
Alamat: Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

9. Cowboy Town Tuaran

Cowboy Town Tuaran Kota Kinabalu Image
Sumber: Adli Bakri
Terletak hanyalah dalam 45 minit ke 1 jam dari Kota Kinabalu, Cowboy Town Tuaran adalah sebuah tarikan di Sabah yang patut anda lawati untuk merasai pengalaman menjadi koboi!
Sampai sahaja di sini, anda pasti tidak sabar untuk bergambar di kawasan sekitar yang betul-betul kelihatan macam dalam filem koboi Hollywood.
Antara tarikan yang terdapat di sini adalah kandang kuda, trek menunggang kuda, tarikan alam semula jadi paya bakau, taman herba, river cruise untuk melihat kelip-kelip dan banyak lagi!
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Cowboy Town of Sabah, Sabandar Leisure Ride, Tuaran

8. Pasar Gaya

Gaya Street Market Kota Kinabalu
Sumber: Teoh Huooi Hong
Jangan sesekali meninggalkan Kota Kinabalu sebelum menjejakkan kaki ke Pasar Gaya. Pasar Gaya merupakan pasar pagi bagi masyarakat di sini.
Anda boleh ke pasar ini untuk memilih pelbagai jenis cenderamata untuk dibawa pulang. Dari ukiran, keychain hinggalah kepada bermacam barangan berasaskan laut yang lain, boleh rambang mata dibuatnya.
Sekiranya anda ingin membeli-belah dengan tenang di pasar ini, datanglah sebelum pukul 8 pagi.
📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Sunday Market (Gaya Street) Jalan Gaya Kota Kinabalu Sabah

7. Wisma Merdeka

Wisma Merdeka Kota Kinabalu
Sumber: CEphoto / CC By 3.0
Wisma Merdeka adalah salah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Kota Kinabalu. Antara barangan yang boleh anda beli dari sini adalah kraftangan, batik, barangan antik, buku-buku dan banyak lagi cenderamata yang lain.
Kedai makan juga tidak menjadi isu, kerana di sini terdapat banyak kedai makan fast food dan kafe-kafe lain.
Untuk pengetahuan anda, Wisma Merdeka adalah salah satu pusat membeli-belah yang terawal di bandar ini.
📍 Alamat
Alamat: Wisma Merdeka, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

6. Street Art Graffiti Gallery

Street Art Grafitti Gallery Kota Kinabalu
Sumber: Michael NSL
Bukan hanya di Penang, di Kota Kinabalu juga ada lokasi seni jalanannya! Street Art Grafitti Gallery merupakan kawasan di mana grafiti dilukiskan pada sisa bangunan kolonial British yang dibina antara tahun 1918 ke 1920.
Bangunan ini sebenarnya terselamat daripada kemusnahan yang banyak berlaku ketika Perang Dunia Kedua, namun begitu, sebuah kebakaran besar telah terjadi kepada bangunan ini pada tahun 1992 yang hanya meninggalkan tapak dan tiang-tiangnya.
Apa yang tertinggal daripada bangunan tua ini telah dijadikan kanvas mereka-mereka yang dianugerahkan kreativiti dan ada juga yang sekadar merosakkan.
Pada sekilas pandangan, anda pasti akan terfikir yang ini mungkin hanyalah kawasan grafiti yang tiada makna, kosong dan penuh dengan vandalisme, namun bila didekati, sebenarnya banyak sebenarnya grafiti yang cukup mempesonakan dan profesional hasilnya!
📍 Alamat
Alamat: 20, Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

5. Wisma Sabah

Street Art Graffiti Gallery Kota Kinabalu
Sumber: Travels with a Hobo
Wisma Sabah adalah lokasi di mana terletaknya banyak pilihan agen pelancongan yang dapat membantu penerokaan anda di sekitar negeri ini.
Sama ada untuk melawat pulau-pulau di Sabah, menerokai hutan belantara atau penerokaan di bandar ini sendiri, anda boleh mendapatkan khidmat daripada agen-agen yang terdapat di wisma ini.
Di samping itu, di sini juga terdapat banyak jualan barangan untuk para pelancong. Pendek kata, untuk apa sahaja yang berkaitan dengan pelancongan di Sabah, bolehlah datang ke sini.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

4. I Love KK Sign

I Love KK Sign Kota Kinabalu
Sumber: I Love KK
Tak sah kalau tak bergambar dengan sesuatu yang sah-sah hanya terdapat di tempat yang kita pergi kan? Salah satu lokasinya kalau di Kota Kinabalu ni adalah “I Love KK Sign,” sebuah mercu tanda besar yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

3. Waterfront Seafood Night Market

Waterfront Seafood Night Market Sinsuran
Sumber: Nik Ramzi Nik Hassan
Perut menggerodak selepas penat berjalan makan angin di sekitar Kota Kinabalu? Anda boleh menuju ke Waterfront Seafood Night Market ataupun Sinsuran Seafood Night Market.
Di sini, anda sekeluarga boleh mengenyangkan perut yang lapar dengan menikmati bermacam-macam makanan laut yang dimasak secara fresh untuk anda nikmati! Tunjuk je apa yang anda nak makan, nak udang, ikan pari-pari, sotong atau bermacam-macam lagi, dan peniaga tersebut akan masak untuk anda.
Selepas puas menikmati makanan, anda boleh berjalan di kawasan lain pasar malam ini untuk membeli bermacam makanan tempatan lain dan sayur-sayuran yang segar.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah

2. Pulau Manukan

Pulau Manukan Kota Kinabalu Image
Sumber: Gene Photography
Ingin tenggelam dalam keindahan alam semula jadi yang mengujakan? Anda sekeluarga boleh melawat Pulau Manukan yang terletak hanyalah dalam sekitar 30 minit dari Kota Kinabalu.
Pulau yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini menawarkan kawasan pantai dengan pasir putih yang berkepanjangan 1.5 km. Anda boleh menuju ke sini dengan menaiki bot dari jeti Jesselton Point.
📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: Pulau Manukan, Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah

1. Masjid Negeri Sembulan

Masjid Negeri Sembulan Kota Kinabalu
Sumber: @IrfanCat
Kalau Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua terpenting di bandar Kota Kinabalu, Masjid Negeri Sembulan pula adalah masjid utama di bandar ini.
Masjid yang mula dibina pada tahun 1970 ini memiliki kubah besar yang diilhamkan dari masjid-masjid termasyhur di dunia iaitu Masjid Biru di Istanbul, Masjid Jame di New Delhi dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, manakala menaranya pula diinspirasikan daripada Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Haram di Mekah.
Masjid yang boleh memuatkan 5,000 orang pada satu-satu masa ini memiliki 16 batang tiang yang dihiasi dengan potongan ayat Quran yang bertintakan warna emas. Betapa indahnya masjid ini sehinggakan ia pernah dianggap sebagai antara masjid yang tercantik di Asia.
📍 Alamat
Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Nak lagi banyak pilihan penginapan dalam harga bajet yang selesa di Kota Kinabalu ni? Anda boleh membaca artikel kami bertajuk 22 Hotel Murah di Kota Kinabalu.
Hotel-hotel yang disenaraikan di dalam artikel kami adalah antara yang terbaik, namun begitu, sebenarnya banyak lagi hotel best lain yang tidak dapat kami senaraikan. Anda boleh layari sahaja laman web booking.com untuk pilihan hotel yang banyak dengan tawaran-tawaran harga yang terbaru.
Tak kisahlah di mana pun anda memilih untuk menginap, diharapkan percutian anda di Kota Kinabalu akan menjadi antara memori terindah yang tercipta bersama keluarga. Sediakan stamina yang mantap sebelum ke sini ya?
Banyak sekali tempat menarik di Kota Kinabalu untuk dilawati dan aktiviti untuk dicuba! Dari aktiviti lasak seperti flying fox hinggalah kepada penerokaan flora dan faunanya, Kota Kinabalu bukanlah destinasi percutian yang biasa.

Post a Comment

0 Comments