Ticker

6/recent/ticker-posts

Ini Dia 5 Faedah PERKESO Yang Tak Ramai Orang Tahu

Walaupun ramai perasan tentang kewujudan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) tetapi masih ada yang tidak tahu apakah sebenarnya manfaat PERKESO ini. Mungkin juga kerana semua lebih fokus pada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sehinggakan manfaat PERKESO telah menjadi kurang popular.
Sepatutnya sebagai salah seorang pekerja (tak kisah dalam bidang apa sekalipun), kita perlu tahu apakah itu caruman PERKESO dan apakah pula manfaatnya.
Di antara manfaat PERKESO yang kita kena ambil tahu adalah:- 

1. Faedah Perubatan

Buat pengetahuan umum, sekiranya syarikat yang mencarum dengan PERKESO, semua pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja atau semasa dalam perjalanan ke tempat kerja layak mendapat faedah perubatan. Faedah perubatan ini boleh di dapati di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital kerajaan sehingga pulih sepenuhnya secara PERCUMA.
Tetapi sekiranya kecederaan yang dialami adalah parah, mereka perlu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan akan diberikan rawatan di wad kelas dua.

2. Faedah Hilang Upaya Sementara atau Hilang Upaya Kekal

Hilang upaya sementara akan dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor dan haruslah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan.
PERINGATAN!!!
Faedah hilang upaya sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
Manakala bagi faedah hilang upaya kekal boleh membuat permohonan 12 bulan dari tarikh terakhir hilang upaya sementara (ini adalah had masa membuat tuntutan).
Segala pengiraan pembayaran boleh dirujuk di kaunter PERKESO yang berdekatan.

3. Elaun Layanan Sentiasa

Elaun layanan sentiasa ini disediakan kepada pekerja yang ditakfsir hilang upaya kekal dan tiada daya untuk melakukan sesuatu dengan sendirinya sehingga memerlukan bantuan orang lain.
Sekiranya mereka mengalami masalah seperti ini, mereka layak mendapatkan elaun layanan sentiasa dengan sokongan daripada Jemaah Doktor, Jemaah Doktor khas dan Jemaah Doktor Rayuan.
Elaun Layanan Sentiasa telah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.

4. Faedah Pendidikan

Faedah pendidikan merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh PERKESO  dalam bentuk pinjaman untuk anak tanggungan yang insuran.
Tujuan PERKESO membuat faedah pendidikan ini adalah untuk memudahkan anak tanggungan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi tanpa membebankan pesakit.
Syarat faedah pendidikan yang layak adalah:-
  • ​Pencarum yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan
  • ​Menerima bayaran berkala disebabkan oleh hilang upaya kekal
Walaubagaimanapun, faedah pendidikan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak PERKESO.

5. Faedah Pengurusan Mayat

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa PERKESO ada menyediakan faedah pengurusan mayat. Faedah pengurusan mayat ini akan diberikan kepada pekerja yang meninggal dunia disebabkan oleh bencana pekerjaan atau mereka yang mendapat faedah hilang upaya kekal berkala.
Pembayaran faedah pengurusan mayat adalah sebanyak RM2,000.00.
Buat pengetahuan umum, pembayaran faedah akan di bayar kepada waris yang layak menerima faedah ini. Sekiranya, tiada waris pembayaran akan diberikan kepada siapa yang menguruskan dan menanggung segala pembelanjaan pengurusan jenazah.
PERHATIAN!!!
Jumlah bayaran akan dibayar mengikut jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000.00 mengikut mana yang lebih rendah mengikut resit yang dikemukakan.
Bagaimana? Dah nampak kepentingan PERKESO ni? Mesti sebelum ni tak pernah tahu pun kan?

Post a Comment

0 Comments