
Dalam Dunia Serba canggih sekarang pelbagai cara orang untuk menipu menggunakan teknnologi,
dalam kata lain menggunakan teknologi untuk menipu.
Sasaran utama Scammer2 ini ialah pengguna e-dagang atau membeli barangan secara online di internet melalui portal2 e-dagang seperti LAZADA,SHOPPEE,MUDAH.COM, LELONG.COM dan Sebagainya.
Semuanya boleh dibuat online, tanpa perlu kita pergi ke kedai. Dengan adanya cara ini, bolehlah kita tengok samada pihak yang kita ingin berurusan itu pernah mempunyai rekod dengan pihak polis atau pun tidak.
5 Langkah Mudah Untuk Semak

1. Layari laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
2. Masukkan Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon
3. Pilih Nak Semak Akaun Bank atau Nombor Telefon
4. Masukkan Captcha (untuk elakkan spam)5. Klik Semak Maklumat

Kalau belum ada laporan polis berkenaan Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon, maka sistem akan memberitahu kita ‘Tiada Report Diperolehi’.

Tapi kalau pernah ada rekod, akan keluar AMARAN seperti di atas. Maka jauhkanlah diri daripada Scammer tersebut. Jangan pula teruskan dengan transaksi online, sebab dah pernah ada laporan polis terhadap Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tadi.
Sumber: FB Jabatan Penerangan Malaysia

0 Comments