Ticker

6/recent/ticker-posts

Jadikan Penggunaan Kad Kredit Anda Menguntungkan Bukan Merugikan

Image result for Kad kredit

Jadikan Penggunaan Kad Kredit Anda Menguntungkan Bukan Merugikan


Percaya atau tidak, penggunaan kad kredit yang betul akan membuatkan anda lebih kaya dan lebih jimat?


Berikut ialah Penggunan Kad Kredit Yang Mengguntungkan:


1.  Pilihan Kad Yang Tepat

Terdapat banyak jenis kad kredit yang boleh kita pilih. Buatlah pilihan yang bijak biar pun ditawarkan dengan pelbagai jenis kad. Anda harus kenal pasti kad kredit yang tepat dan kelebihan yang anda terima seperti cashback atau pun mata ganjaran.
Jika memilih kad yang memberikan manfaat cashback, utamakan kegunaan yang memberikan cashback. Sebagai contoh, untuk melayakkan kita dapat cashback, kita perlu belanja dalam kategori barang runcit dan minyak, maka gunakan kad kredit tersebut untuk beli barangan keperluan di pasaraya dan untuk mengisi minyak.
Tapi yang paling penting, gunalah kad kredit Islamik.

2.  Bayar Apa Yang Anda Guna Sahaja

Sebenarnya, menggunakan kad kredit tidak memerlukan kita untuk membiayai sebarang caj faedah sekiranya kita membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.  Hanya bayar berdasarkan jumlah yang digunakan sahaja.
Sebagai contoh, kita telah swipe RM80 untuk membeli barang dalam bulan tersebut. Apabila statement keluar, kita hanya perlu bayar RM80 sahaja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kalau lebih daripada 20 hari selepas statement keluar, barulah dikenakan kadar faedah setinggi 18% berdasarkan jumlah kita telah swipe tadi. 

3.  Guna Lebih, Bayar Sedikit Dengan CashBack

Katakan kita gunakan kad kredit Islamik Petronas Ikhwan Visa, isilah minyak pada hari yang memberikan cashback yang banyak iaitu Sabtu dan Ahad sebanyak 8%. Dengan kata lain, isi minyak sebanyak RM70, tetapi kita cuma perlu bayar RM64 sahaja.
Cashback dari kad kredit biasanya berbeza-beza berdasarkan jenis bayaran yang dibuat. Contohnya, bayaran petrol akan dapat cashback sebanyak 8-10%, manakala pembelian pakaian atau barang-barang runcit akan dapat cashback 2%.
Nampak tak penjimatan kat situ? Maka carilah kad kredit yang tawarkan cashback. Fahami dan nikmati kelebihan kad kredit anda dengan bijak.

4.  Gunakan Rebat Kad Kredit Untuk Membeli-Belah

Image result for Beli belah barangan dapur

Terdapat kad kredit yang menawarkan rebat membeli barang runcit dan barang dapur pada hari tertentu. Sebagai contoh, kad kredit Maybank Islamic Ikhwan memberikan rebat sebanyak 5% sekiranya kita beli barang runcit dan mengisi petrol pada hari Jumaat dan Sabtu.

Bayangkan kalau kita belanja RM1,000 dan diberi diskaun 5%, banyak tu RM50 kita dapat jimat!

5.  Tebus Barang Elektrik Dan Barang Lain Menggunakan TreatPoints

Sekiranya kad kredit kita mempunyai manfaat TreatsPoints atau mata ganjaran, setiap kali kita swipe kita akan dapat mata. Bila dah dapat banyak mata ganjaran, pilihlah barangan elektrik dan peralatan rumah di dalam katalog yang disediakan oleh pihak bank untuk ditebus.
Dahlah guna kad kredit tanpa bayar faedah, dapat cashback, dapat lagi barangan elektrik percuma. Menarik bukan?

6. Gunakan EzyPay Untuk Membeli Barang Perabot Dan Elektrik

Ezypay adalah program bayaran ansuran bulanan yang boleh kita gunakan untuk membeli barang elektrik atau perabot. Biasanya ia untuk barangan yang berharga RM1,000 dan ke atas. Ada yang menawarkan ansuran bulanan selaman 12 bulan, ada juga untuk 24 bulan.
Sebagai contoh, kita nak beli peti ais yang berharga RM1,200. Kita ada pilihan untuk membuat ansuran bulanan sebanyak RM100 untuk 12 bulan, maka setiap bulan dalam statement kita perlu bayar hanya RM100 saja. Sangat mudah dan jimat!

7.  Berpeluang Menang Umrah Dan Percutian

Image result for holiday

Jangan terkejut jika kita tiba-tiba menang umrah atau percutian ke luar negara, semata-mata kerana menggunakan kad kredit Islamik.  Selalunya trip percutian atau umrah juga merupakan salah satu kelebihan kad kredit yang bank tawarkan bagi pengguna kad kredit Islamik.
Jelas bahawa kad kredit mempunyai pelbagai manfaat dan memberi keuntungan kepada kita. Kita harus peka dengan kelebihan dan ganjaran kad kredit daripada semasa ke semasa.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati manfaat kad kredit daripada segi rebat, mata ganjaran, cashback dan bermacam-macam lagi. Yang penting, pastikan kita bayar on-time mengikut statement bulanan dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah!

Post a Comment

0 Comments